ChitChats

04 June 2012

No comment

Hey so this cuti I didn't even write anything.Well I'm like extremely disapointed right now. Very.
Okay so today I had my check-up appointment at the dentist. Well not actually a check up, more like a 'finding a dentist to do my braces'. yes yes! obviously I was like jumping up and down whatso ever. Okay pastu, done with my check up semua, doctor dah brief everything dah siap choose nak pakai metal or ceramic and all.Oh plus dah buat x-ray and dah buat that umm clay thingy. I dunno what you call it and dah bayar the installment.
So I'm like "YAY! nextweek pakai braces"
So then the end. At 2.30 pm tu pulak, when to another dentist, Dr.Vanitha somewhere urmm kay I have no idea where. Buat scalling bagai. Then keluar bilik doctor je my dad cakap " kakak, nah baca ni" using his samsung tuu, and here it goes...

Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”  (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
....Hmmm, I'm not giving opinions ke apa, but I'm just telling what I know. I am sad sangat sebab hmm ni lah, Yes aku memang nak sangat buat but bak kata babah
" Kakak nak pakai sebab apa? Ikut nawaitu.Nak cantik or untuk kesihatan?" 
Kalau aku, actually kesihatan is betul jugak, sebab boleh betulkan gigi yang semakin you grow older it gets more jarak.even doctor pun cakap macam tu and plus dapat kurangkan 'badbreath'. hmm IDK i'm in a Dilemma, I've paid and done everything, but dunno how it goes. 
Babah cakap, "buat solat istikharah. If its the best for you then do it."
P/s: tak berniat untuk tujukan kepada sesiapa, cuz ditujukan kepada diri sendiri.


No comments:

Post a Comment